Cara Cepat Kupas Bawang

cara mudah kupas bawang

Ramai orang akan ‘menangis’ bila kena kupas bawang. Kerjanya nampak mudah tapi kalau yang tak biasa tentunya bukan setakat meleleh air mata tapi siap meraung sakan 🙂

Ini dia satu kaedah nak kupas bawang putih dengan mudah. Sesuai digunakan teknik ni untuk mengopek bawang dalam jumlah yang besar contohnya time kenduri-kendara.

Caranya ialah mula-mula tu pisahkan dulu ulas bawang tu satu persatu. Lepas tu potong lah bahagian umbutnya atau bahagian yang keras.

* Bagi yang lebih cekap, ada yang akan potong dulu bahagian bawahnya dan lepas tu barulah dicerai-ceraikan ulas demi ulas.

Lepas dah potong, rendamkan ulas-ulas tu semuanya dalam bekas berisi air panas. Biarkan selama lima minit.

Bila dah agak-agak cukup lima minit, boleh lah kupas bawang tu dengan tangan jer. Tak perlu guna pisau pun. Senang jer kulit bawang tu akan terpisah. Bahkan air mata tu takde lah nak meleleh sangat sebab sedikit-sebanyak dah dikalis oleh rendaman air tersebut.

Tapi jangan lupa pula untuk pastikan air rendaman tu dah tak panas lit-lit dah. Takut-takut terbakar pula kulit yang halus gebu tu nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *