Petua Hilangkan Bau Badan

petua mandi beras

Petua yang dikatakan berkesan membantu mengatasi masalah badan berbau terutamanya ketika berpeluh. Juga dikenali sebagai petua mandi beras.

Ambil satu genggam beras dan gorengkan ia tanpa minyak sehingga hangus. Selepas itu tumbuk hingga hancur dan tambahkan dengan sedikit air asam jawa.

Ketika hendak mandi, gosokkan ramuan tersebut pada seluruh bahagian tubuh terutama tempat-tempat yang mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit sebelum mandi seperti biasa. Amalkan 2-3 kali seminggu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *