Petua Hilangkan Bau Kasut

hilangkan bau kasut

Mahu tahu cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan bau kasut (biarpun yang tak basuh)?

Satu cara mudah ialah semburkanlah kasut tu dengan minyak wangi. Tapi sepertimana badan kita yang disembur ‘perfume’ kebiasaannya minyak wangi yang disembur pada kasut tu pun tak tahan lama keharumannya.

Oleh itu, ada baiknya try satu kaedah yang lebih efektif. Petua nak hilangkan bau kasut ni pun kosnya lebih rendah berbanding dengan cara menyembur dengan minyak wangi.

Caranya ialah memula bungkuskan serbuk kopi dalam dua lapisan tisu. Kemudian masukkan tisu yang ada kopi tu tadi dalam kasut dan biarkan lebih kurang 10-20 minit. Serbuk kopi tersebut akan menyerap bau kasut sekaligus menjadikan kasut tu tak ber’bau’ lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *