Petua Hilangkan Bulu Kaki

petua hilangkan bulu kaki

Lazimnya orang wanita memiliki bulu kaki yang halus dan lembut, tidak seperti orang lelaki yang bulu kakinya lebat. Justeru, bagi wanita yang memiliki bulu kaki yang kasar dan lebat hingga menjejaskan keyakinannya, hatta diejek kaki lelaki, cubalah ikhtiarkan untuk menghilangkan bulu kaki dengan petua lama ini.

Menurut petua orang lama, satu kaedah membuang bulu roma di kaki ialah dengan petua gosok dengan daun cili dan kapur. Caranya ialah sediakan beberapa helai daun cili atau cabai burung (cabai Melaka) serta sedikit kapur sirih. Tumbuk daun cili tersebut hingga hancur dan adun bersama kapur sirih.

Kemudian gosoklah ramuan tersebut pada betis tiap-tiap kali sebelum mandi. Jika rajin diamalkan, nescaya bulu roma di kaki dan betis akan mudah gugur.

cari petua:

petua hilangkan bulu kaki, cara menghilangkan bulu kaki, cara hilangkan bulu kaki, hilangkan bulu kaki, petua hilangkan bulu kaki secara kekal

Comments

  1. anna mus says

    Saya ingin bertanya, guna daun cili drp jenis cili apa saja atau cili tertentu?

    Lagi satu, sy kurang faham ayat dlm petua di atas; guna daun cili atau guna cilinya (cabai burung)?
    Atau maksud saudari, guna daun cili atau guna daun cabai burung?

    Berdasarkan pengalaman saudari atau makluman yg diterima, adakah ia akan hilang secara kekal atau akan tumbuh semula?

    • admin says

      Petuanya guna daun cili api atau dikenali cabai Melaka. Ambil daunnya bukan cili. Ia akan tumbuh semula. Kelebihan amal petua ini ialah untuk menggugurkannya secara semulajadi supaya kelihatan ‘natural’ berbanding dengan cara mencukur.

  2. Abg ND 0194176025 says

    Jom wazzup abg cam na buang trus bulu yg tak berkenaan..abg ada teknik n ubat yg bolehh bantu anda…

  3. Gadis says

    Salam saya terlalu banyak bulu kaki sebab saya pnah cukur dan sekarang betambah lebat..saya harap petua ini berkesan untuk saya..d sebab kan bulu roma terlalu lebat sehinggakan saya malu nak berdepan dengan orang ramai..kalau ada petua yang berkesan kongsi la yeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *