Petua Hilangkan Parut Jerawat

petua hilangkan parut jerawat

Daun pegaga dapat membantu mengurangkan parut jerawat di muka.

Petua menghilangkan parut ini menggunakan daun pegaga dan bedak sejuk. Caranya ialah tumbuk atau kisar daun pegaga bersama bedak sejuk. Jangan lupa tambahkan sedikit air.

Kemudian sapu atau pupukkan adunan tersebut pada bekas atau parut jerawat. Lakukannya setiap hari, seboleh-bolehnya setiap malam sebelum tidur.

Jika kekurangan masa, boleh sediakan ‘adunan’ tersebut dalam kuantiti yang banyak pada masa masa. Mana-mana yang lebih, boleh digunakan kemudian dengan cara menyimpan dalam botol atau bekas yang kering dan bersih dan masukkannya dalam peti sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *