Petua Kena Paku Karat

petua kena  paku karat

Bagi yang bertukang ataupun sesiapa sahaja yang secara tak sengaja terpijak paku karat adalah lebih baik untuk mendapatkan rawatan doktor dan suntikan pencegah kuman agar luka tersebut tidak memudaratkan. Ada pun pada masa dahulu, ketika usaha mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terletak jauh dari rumah, orang tua-tua akan praktikkan petua kena paku karat ini sebagai usaha mengubati.

Caranya ialah dengan mengambil seulas bawang putih dan dicelupkan ke dalam minyak kelapa. Kemudian bawang tersebut dipanggang atau dilayur beberapa minit di atas api.

Apabila telah panas, hancurkan sedikit dan tempelkan pada bahagian yang terkena paku. Rawatan ini perlu dilakukan setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Dalam jangka masa dua atu tiga hari, insya-Allah, luka akan sembuh dan tidak akan bernanah.

Sekiranya ia kelihatan masih bernanah, maka adalah lebih baik untuk mendapatkan rawatan doktor dengan segera agar sebarang kemudaratan lanjut dapat dihindarkan.

cari petua:

cara merawat luka kena paku, luka terkena karat paku malaysia, Rawatan kaki lepas pijak paku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *