Petua Kupas Kulit Udang

petua kupas kulit udang

Udang yang disimpan lama dalam peti sejuk sukar untuk dibuang atau dikupas kulitnya. Ini ada petua untuk kupas kulit udang dengan lebih mudah.

Caranya ialah sediakan satu bekas atau satu mangkuk air. Campurkan dengan sedikit garam dan kacau. Kemudian masukkan udang yang hendak dikopek dan biarkan ia terendam selama 5-10 minit.

Selepas itu keluarkan udang atau tapiskan air dan kupaslah kulit udang seperti biasa. Dengan cara ini, kulit udang akan lebih mudah dikupas. Setelah dikupas bersihkan dengan air putih atau air bersih sebelum dimasukkan dalam masakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *