Petua Melebatkan Rambut Gugur

petua melebatkan rambut

Masalah rambut yang gugur jika dibiarkan lama kelamaan akan menjadikan sebahagian kepala kelihatan botak. Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah rambut yang membotak ini ialah dengan mengenal pasti puncanya dan mengambil langkah yang sesuai dengan asbab musababnya. 

Akan tetapi, adakalanya biarpun pelbagai jenis ubat atau pelebat rambut telah digunakan, sesetengah orang tetap sukar untuk mendapatkan kembali rambutnya sepertimana sebelum masalah rambut gugur itu menular. Justeru, mungkin kaedah menyuburkan kembali rambut ikut cara orang-orang dahulu ini dapat membantu.

Untuk mengatasi rambut anda yang dah kelihatan jarang-jarang, orang-orang tua dahulu akan menggunakan telur udang. Telur udang itu digosok pada bahagian kepala yang berkenaan biasanya pada malam hari sewaktu hendak tidur dan dibiarkan hingga keesokan paginya.

Pada keesokannya barulah dibasuh hingga bersih ketika mandi. Insya Allah jika rajin mengamalkannya secara berterusan, rambut akan lebat semula.

cari petua:

cara melebatkan rambut, petua melebatkan rambut, melebatkan rambut, petua melebatkan rambut gugur, petua lebatkan rambut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *