Petua Suara Lunak Merdu

petua suara lunak


Mahu tahu apa amalan penyanyi dulu-dulu agar suara bertambah lunak dan merdu? Ini dia rahsianya.

Petua untuk menjadikan suara lunak ialah dengan amalan minum air limau nipis. Sediakan satu biji limau nipis, perah ke dalam sebuah gelas yang telah diisi air suam dan minum. Boleh juga kalau nak campurkan dengan sedikit gula batu sebelum diminum.

Sebaik-baiknya minum air itu pada awal pagi, sebaik sahaja bangun tidur dan sebelum gosok gigi. Selain itu, bagi memantapkan lagi suara, elakkan minum air batu dan air bergas. Yang bagusnya ialah amal minum air suam atau air masak sahaja.

Bagi yang kesuntukan masa, sebagai alternatif, boleh saja minum air suam. Tapi ada sedikit kelainan berkenaan airnya. Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi terus minum air tersebut sebelum gosok gigi dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *