Petua Wangikan Badan Atasi Masalah Badan Berbau

petua mewangikan badan

Berikut adalah dua kaedah tradisional bagi mengatasi masalah badan yang berbau. Amalkan selalu, insyaAllah masalah tersebut akan selesai.

Petua yang pertama yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan mandian daun pandan. Sediakan dan ‘blend’ 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jusnya untuk dijadikan air mandian. Jus tu tak banyak, jadi perlu dicampurkan dengan air biasa. Lakukan sekali seminggu atau lebih ikut kerajinan dan kesesuaian. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri.Gosokkan jus ini dibawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. InsyaAllah, mujarab.

Kaedah yang kedua ialah dengan menggunakan jus limau. Sediakan beberapa biji buah limau mandarin atau juga dikenali sebagai buah oren. Apa yang diperlukan ialah kulitnya sahaja. Cincang halus-halus kulit buah limau tersebut. Kemudian masukkan kulit-kulit yang telah dicincang tu ke dalam bekas berisi air air panas telah dididihkan. Rendamkan ia sehingga menjadi kuning dan berminyak. Setelah itu ambil airnya dan sapukan ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. InsyaAllah tubuh anda akan berasa sungguh segar dan berbau wangi secara semulajadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *